Duyong Marina catat pendapatan tertinggi

Wan Mohd Faizul
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Hotel atau resort milik kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) mencatatkan pendapatan tertinggi sejak penubuhannya apabila merekodkan hasil sebanyak RM10 juta tahun lalu.

Pengurs Besar DMR, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, keuntungan itu telah disumbangkan oleh pelancongan domestik.

- Advertisement -

“Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun 2020 di mana pada masa itu disebabkan pandemik maka aktiviti pelancongan sebagaimana sedia maklum sangat terjejas dan hasil yang kita perolehi pada waktu itu ialah RM7.4 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Majlis ‘Sof Lauch’ Kempen Salam Malaysia #Senyumsokmo, di Verandah retaurant, DMR di sini semalam.

Ujar Wan Mohd. Faizul, pada tahun ini pihaknya menyasarkan pendapatan sebanyak RM12 juta.

“Untuk mencapai sasaran ini ia agak mencabar kerana tahun ini juga kita melakukan renovation di beberapa tempat, namun pelbagai cara dan usaha akan kita laksanakan termasuk memperkenalkan pelbagai produk baru.

“Kita akan berfikir di luar kotak bagi mencapai sasaran itu, jadi saya harap team sales akan lebih kuat selepas ini, untuk masa sekarang kita akan terus pergiatkan promosi melalui perancangan yang telah kita aturkan mengikut jadual tahunan,” katanya. – TRDI.my

- Advertisement -