Anak muda tak pernah lupa Undi18

- Advertisement -

STATISTIK semasa daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa bilangan pengundi semasa adalah seramai 21.1 juta pengundi.

Daripada jumlah tersebut, pengundi ‘belia’ yang berumur 18 hingga 40 tahun dianggarkan seramai 12.2 juta atau 58 peratus daripada jumlah pengundi!

Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, pengundi ‘anak muda’ bakal membentuk sebahagian besar pengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) kelak.

Persoalannya di sini, adakah anak muda di Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka?!

Satu kajian telah dibuat oleh QGA berkaitan kesediaan anak muda terhadap PRU15.

Berdasarkan kajian tersebut, lebih 85 peratus anak  muda bersedia untuk mengundi (bandar 85 peratus, semi bandar 92 peratus dan luar bandar 91 peratus).

Sebab utama yang telah dipilih adalah kerana ingin menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan juga ingin memilih pemimpin yang lebih baik pada PRU15 akan datang.

Terdapat juga responden atau anak muda yang tidak bersedia untuk mengundi dan majoritinya dari kalangan mereka yang menetap di bandar (bandar 15 peratus, semi bandar 8 peratus dan luar bandar 9 peratus).

Sebab utama mereka adalah kerana tidak minat dan sudah muak dengan politik serta mereka juga tidak mempercayai ahli politik.

Hal ini mungkin disebabkan oleh situasi politik di Malaysia yang tidak stabil ketika ini dan telah menjejaskan imej serta pertumbuhan ekonomi negara.

Berdasarkan data kajian yang telah diperoleh, kita dapat simpulkan bahawa majoriti anak muda di Malaysia bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada PRU15 akan datang.

Ini memberi satu isyarat besar kepada semua parti politik di Malaysia untuk bekerja keras dalam memenangi hati para pengundi muda ini kelak.

Rujukan:

1. https://www.utusan.com.my/rencana/2022/04/masa-depan-negara-di-tangan-pengundi-muda/

2. ** (Data Kajian QGA a.k.a website QGA)

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 2/8/2022

Sumber: https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/pfbid0ansivJH2BFKmEJG6fUo6wcPy5XRSiwE7R2jKPtZKuWEYXuExgDjfYaReoJ2UNzXfl/?sfnsn=mo&extid=a&mibextid=71jzmv

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -