Perjuangan PAS daulat Islam tidak pernah pudar

- Advertisement -

Oleh NUR MARLYANNAH UMAR

LAHAD DATU:
Perjuangan PAS bagi mendaulatkan Islam tidak pernah pudar biarpun parti itu sekarang sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS juga mengetuai kerajaan di beberapa negeri.

“Biarpun berada bersama kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri, namun matlamat perjuangan bagi mendaulatkan Islam tidak pernah terhenti,” katanya ketika merasmikan Mesyurat Agung Tahunan PAS Lahad Datu kali ke-10 di sini, semalam.

- Advertisement -

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, perjuangan dibawa PAS sekarang bagi meneruskan apa yang dilaksanakan Rasulullah SAW.

Kata beliau baginda dan para sahabat menempuh laluan begitu sukar pada peringkat awal perkembangan Islam sehingga terpaksa meninggalkan harta benda, keluarga, perniagaan dan segala kekayaan di Makkah berhijrah ke Madinah.

“Baginda dan sahabat mencari keredaan di sisi Allah SWT biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran dalam perjuangan,” ujar beliau.

Begitu juga katanya perjuangan PAS sekarang bermula dari bawah sehingga mampu membina kekuatan seperti yang ada sekarang.

Sementara itu pada majlis berkenaan Dr Nik Zawawi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada PAS Lahad Datu. – HARAKAHDAILY 1/8/2022

- Advertisement -