Zahid, tidakkah anda juga perlukan perpaduan ini?

- Advertisement -

SATU keseronokan dan kegembiraan melihat kemeriahan pelancaran PN Terengganu semalam dan PN Kelantan beberapa minggu lepas.

Gema semangat laungan Takbir dan Perikatan Nasional memenuhi ruang udara di perkarangan Masjid Rusila dan Tanah Merah.

Masing-masing yang hadir, merasakan kemenangan di Kelantan dan Terengganu bakal dikekalkan dan Putrajaya juga bakal ditawan. 

Namun dalam kegembiraan itu terselit rasa sayu, alangkah baiknya jika ada juga wakil Umno bersama semalam. 

Tidakkah Zahid rasa rindu untuk bersama memperteguhkan kesatuan Melayu-Islam bersama? 

Tidakkah Zahid dalam kesunyian meminggirkan diri dalam kehendak ramai mahukan kesatuan ummah? 

Tidakkah Zahid terasa mahu bersama tatkala melihat gambar kemeriahan sambutan semalam? 

Zahid, masih belum terlambat untuk anda kembali dan merangkul kepada agenda penyatuan ummah. 

Jajaran baharu sudah gagal. ‘No DAP, No Anwar’ telah mencungkil wajah sebenar anda di belakang ahli Umno. 

Namun ianya baik untuk sedarkan anda. Kembalikan kepercayaan ahli dengan kembali ke arah penyatuan ummah. 

Jika tidak, Zahid anda akan terus kesunyian, kesepian dan bakal ketinggalan dalam ‘main stream’ politik negara. 

Jika anda memilih untuk menjarakkan diri, silakan. Kami terus bangkit dan meneruskan perjalanan. Tiada masalah.

Namun, jauh di sudut hati selaku seorang Melayu-Islam mahu melihat berpadunya tiga parti Melayu-Islam ini. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 31/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -