Serpihan roket milik China lintas ruang udara Malaysia

Foto daripada Facebook Agensi Angkasa Malaysia - MYSA.
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi dikesan berlaku pada 12.55 pagi (31 Julai), demikian menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

MYSA menerusi pemantauan berterusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kenyataan Agensi Angkasa China memaklumkan serpihan roket berkenaan telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar itu turut melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak.

- Advertisement -

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur, hari ini,” menurut MYSA dalam kenyataan hari ini.

Tular di media sosial mengenai perkongsian warga maya mengenai rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak awal pagi tadi. – BERNAMA

- Advertisement -