Bangunkan sebuah daulat, perteguh Islam di Malaysia

FIRMAN Allah S.W.T:

Advertisement

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ

 وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di muka bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah Lagi Maha Bijaksana.” 

(al-Anfaal: 63)

Sambutan Awal Muharram ini, umat Islam bukan sahaja diperingatkan mengenai amalan berpuasa pada Hari Asyura. Bahkan juga diperdendangkan semula peristiwa Hijrah yang besar ertinya kepada umat Islam. 

Peristiwa Hijrah pada zahirnya adalah perpindahan Nabi S.A.W dan para Sahabat R.A dari Makkah ke Madinah. Namun, dalam sisi tersiratnya adalah penghijrahan membangunkan sebuah daulah.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menyeru kepada semua supaya kita bersatu hati memperjuangkan agama-Nya. Marilah bersama-sama gagasan penyatuan ummah dalam memperteguhkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. 

Semoga Allah S.W.T mempersatukan hati umat Islam. Hanya dengan umat yang bersatu padulah, masa depan Islam lebih gemilang. Begitulah nilai hijrah Rasulullah S.A.W mengajar kita. 

‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

YB SENATOR USTAZ DATO’ AHMAD YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 30/7/2022