Banjir landa UAE, Oman: Ribuan penduduk dipindahkan

Banjir melanda Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selepas dua hari dilanda hujan lebat. (FOTO Khaleej Times)
- Advertisement -

DUBAI: Beribu-ribu orang telah dipindahkan dari kediaman mereka di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika hujan lebat melanda wilayah timur dan utara negara itu.

Kementerian Dalam Negeri (MoI) UAE dalam satu kenyataan berkata, selepas dua hari hujan lebat merentasi utara dan timur negara itu menyebabkan 4,225 orang terpaksa dipindahkan. 

- Advertisement -

Penguasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kecemasan Kebangsaan (NCEMA) mengumumkan pada Khamis (28 Julai) bahawa sebanyak 20 hotel telah disediakan untuk menempatkan lebih 1,885 penduduk yang berpindah.

Video yang beredar dalam talian menunjukkan kenderaan hampir keseluruhannya tenggelam, terutamanya di Sharjah, Ras Al-Khaimah dan Fujairah.

Pusat Meteorologi Kebangsaan sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa keselamatan mengenai kesinambungan hujan dan banjir di lembah di beberapa kawasan timur dan pergunungan negara itu.

Sebuah masjid di UAE hampir tenggelam dalam banjir selepas dua hari dilanda hujan lebat. (FOTO Khaleej Times)

NCEMA berkata, ia sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyediakan tangki pengambilan air di kawasan yang terjejas, dan memantau dengan teliti keadaan cuaca untuk mengelakkan sebarang potensi risiko dan memastikan keselamatan orang ramai.

Kedua-dua pekerja swasta dan awam yang tidak penting di Sharjah, Ras Al Khaimah, dan Fujairah digesa bekerja dari jauh sehingga Jumaat, lapor Agensi Berita Emirates.

Sementara itu di Oman, Penerbangan Polis dan Tentera Udara Diraja Oman berkata mereka memindahkan ratusan orang yang terperangkap di dalam rumah dan kenderaan mereka selepas lembah di Wilayat of Madha, Musandam Governorate melimpah.

Agensi Berita Oman melaporkan bahawa sebuah tempat perlindungan telah didirikan di Madha untuk menempatkan mereka yang terpaksa berpindah. – HARAKAHDAILY 29/7/2022

- Advertisement -