Peluang skuad B-19 raih satu lagi gelaran

Skuad B-19 kebangsaan menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini. (Foto: Facebook Football Association of Malaysia)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan berpeluang meraih satu lagi gelaran musim ini apabila dijadual menyertai Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022 di wilayah Binh Duong, Vietnam dari 5 hingga 11 Ogos.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.

Advertisement

Pada kejohanan itu, skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini akan berentap menentang Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Skuad B-19 kebangsaan dijadual bertemu Thailand pada 5 Ogos, Vietnam (7 Ogos) dan menutup kempen saingan dengan berdepan Myanmar pada 9 Ogos. Penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 11 Ogos.

Sebanyak 20 pemain disenaraikan Hassan Sazali untuk mengikuti kem latihan pusat bermula 2 Ogos.

Daripada senarai itu, beliau hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejohanan B-19 AFF.

Berikut adalah 20 pemain dan senarai pemain dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022:

1.            Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri               Selangor FC 2
2.            Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri   Selangor FC 2
3.            Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar Selangor FC 2
4.            Muhammad Izrin Ibrahim             Selangor FC 2
5.            Nazrin Mohamad Nasir  Selangor FC 2
6.            Danish Irfan Ezal               Selangor FC 2
7.            Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan              Selangor FC 2
8.            Aizat Aiman Mazlan        Skuad Projek FAM-MSN
9.            Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili    Skuad Projek FAM-MSN
10.          Adli Ahamad      Skuad Projek FAM-MSN
11.          Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad Faisal           Skuad Projek FAM-MSN
12.          Muhammad Harith Najwan Jamil               Skuad Projek FAM-MSN
13.          Muhammad Hazim Jamal Hisham              Skuad Projek FAM-MSN
14.          Muhammad Adam Uwais Mohd Armi      Terengganu FC III
15.          Ahmad Rozaini Abu Bakar             Terengganu FC III
16.          Muhammad Abu Khalil   Akademi Mokhtar Dahari B-17
17.          Rohisham Haiqal Hashim               Akademi Mokhtar Dahari B-17
18.          Azhad Harraz Arman       Sabah FC
19.          Muhammad Idham Mohamad    Kelantan United FC
20.          Muhammad Farhan Rahim           UiTM FC B-21

Berikut senarai enam pemain bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan:

1.            Muhammad Syafiq Nurul Hisham              Skuad Projek FAM-MSN
2.            Mohamad Sappie Ashri  Skuad Projek FAM-MSN
3.            Muhammad Ismat Imran Zainal  Skuad Projek FAM-MSN
4.            Muhammad Fawwaz Muqrish Rosli          Skuad Projek FAM-MSN
5.            Hazriq Haqqim Mohd Izham        Akademi Mokhtar Dahari B-17
6.            Muhammad Haziq Mukriz Mohammed Hasemuddin        Penang FC B-17 – BERNAMA