Dua gadis Saudi meninggal di flat Sydney dikenalpasti

Asra (kiri) dan adiknya, Amaal ditemui meninggal dunia dalam keadaan misteri di kediaman mereka di sebuah flat di Sydney, Australia.(FOTO CNN)
- Advertisement -

SYDNEY: Dua adik-beradik perempuan Arab Saudi yang ditemui meningal dunia di sebuah flat di sini dalam keadaan ‘luar biasa’ pada bulan lalu telah dikenal pasti oleh polis tempatan, ketika pihak berkuasa merayu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

- Advertisement -

Polis menemui mayat Asra Abdullah Alsehli, 24, dan adiknya, Amaal Abdullah Alsehli, 23, pada 7 Jun lalu, berikutan kebimbangan terhadap laporan sebuah pertubuhan kebajikan, menurut satu kenyataan pada hari Rabu (27 Julai) oleh pihak polis New South Wales.

“Walaupun siasatan meluas, para detektif tidak dapat memastikan apakah yang punca kematian kedua-dua gadis Arab Saudi itu.

“Bagaimanapun, dipercayai kedua-duanya  telah meninggal dunia beberapa lama sebelum dikesan,” ujar kenyataan itu.

Pihak polis NSW mengesahkan kepada CNN bahawa adik-beradik Alsehli itu  itu tiba di Australia dari Arab Saudi pada tahun 2017.

“Keadaan kematian mereka adalah luar biasa kerana mereka langsung tidak mempunyai tanda-tanda kecederaan,” kata polis.

Jurucakap polis NSW, Inspektor Claudia Allcroft berkata, sebarang maklumat daripada orang ramai boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk menyelesaikan siasatan.

“Pihak kami berminat untuk bercakap dengan sesiapa sahaja yang mungkin pernah melihat atau yang mungkin mempunyai maklumat tentang pergerakan kedua-dua gadis berkenaan pada hari dan minggu sebelum kematian mereka  –  yang kami percaya berlaku pada awal Mei,” ujar Allcroft.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter, Konsulat Saudi di Sydney pula berkata, pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa Australia mengenai kes itu. 

“Konsulat juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga si mati,” ujar kenyataan tersebut. – HARAKAHDAILY 28/7/2022

- Advertisement -