‘Wak gapo bahagio kalu takdok pembangunan!’

- Advertisement -

MUNGKIN ini antara kalimah terpacul daripada sebahagian bibir rakyat Kelantan. Jujur dikatakan, Kelantan meskipun dengan sejarah diskriminasi Kerajaan Pusat, ada pembangunannya dengan corak tersendiri.

Ramai juga yang marah apabila pentadbiran negeri memberikan faktor diskriminasi sebagai salah satu punca kerajaan negeri agak struggle dalam membangunkan negeri. Hasilnya kerajaan perlu lebih kreatif dalam usaha mengembangkan potensi Kelantan.

Sebab itu Kelantan menggerakkan pembangunan modal insan sebagai insiatif utama. Kerana tanpa hati perut yang baik, pembangunan projek berbilion ringgit hanya akan masuk poket peribadi. Namun jika hati seseorang manusia itu baik, projek 1 juta maka 1 juta lah projek itu dapat.

Itu visi yang dipegang Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya nak sentuh juga isu air. Pertamanya, nasib segelintir rakyat yang terpaksa menanggung keadaan hidup yang tidak selesa bertahun lamanya amatlah sedih dan memeritkan. Namun, dengan segenap kapasiti yang ada pihak pentadbiran negeri sudah berusaha setakat yang mampu, tinggal ruang tugas yang besar dan memakan kos puluhan bilion perlu dibantu juga Kerajaan Pusat.

Alhamdulillah hanya selepas PAS menjadi sebahagian Kerajaan Pusat, barulah ada sinar konklusif buat isu air Kelantan. Itu tandanya, kerajaan negeri mengatakan punca diskriminasi sebagai faktor masalah air bukanlah alasan semata-mata, tapi sebuah realiti.

Boleh baca penerangan isu air yang lebih mendalam pada pautan ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02KrchZdhiCaCAbekEAZvZF3Ycn7h2DgAj8Eq9qcXy7adSeFTzjQTR9bgi8TrQEXFel&id=430665967118189

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0FfBrm7JEJCGczp9dZPXEM1MUw7oxXj5QsfdXTMzH7pgF5kcGPimnGtPHSEMVZAjfl&id=430665967118189

Insiatif Pelan Induk ECER 2.0 meletakkan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak 9.3 bilion menjelang 2025. Kita akui Kerajaan Pusat bawah Tun Abdullah Badawi yang memperkenalkan East Coast Economic Region(ECER) serta jasa Dato’ Seri Najib Razak terhadap pembangunan lebuh raya di Kelantan amat membantu rakyat, namun itulah yang sepatutnya berlaku iaitu Kerajaan Pusat menjalankan tugas.

Kini, setelah bersama sebagai parti Kerajaan Pusat, pembangunan yang lebih maju mula menjentik Kelantan. Dengan model ekonomi berteraskan langit terbuka dan beridentitikan Islam, Kelantan setakat Julai 2022 telah menerima pelaburan sebanyak 6.3 bilion. Telah bukan bakal.

Sudah tentu angka besar ini hadir sekali bersama peluang pekerjaan dan pembangunan lahiriah dengan identiti Kelantan. Sebanyak 430 peluang perniagaan telah wujud daripada pelaburan diterima setakat ini.

Antara projek-projek yang giat berjalan adalah seperti:

i. Penaiktarafan infrastruktur asas seperti lebuhraya, perkhidmatan jalur lebar dan perkhidmatan bekalan air.

ii. Projek-projek kawasan industri baharu yang dikembangkan oleh kerajaan negeri seperti Kawasan Industri Perabot Gua Musang dan Projek IBS Sungai Bagan, Machang.

iii. Pembangunan Taman Perindustrian seperti Taman Halal Pasir Mas, Taman Perindustrian Tok Bali dan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali.

Insya-Allah Kelantan menuju sinar pembangunan lahirian dan rohaniah yang lebih seimbang dan maju. Pertambahan pelaburan daripada syarikat ROHM-Wako Electronics daripada Jepun sebanyak RM910 juta merupakan salah satu tanda keyakinan pelabur buat Kelantan.

Masya-Allah, medan ilmu yang terus aktif, pembangunan yang semakin rancak, patutlah rakyat Kelantan ke-5 paling bahagia di negara. Kita tidak nafikan adanya kekurangan lain, tetapi kita sedang berusaha untuk terus menambah baik sebarang kekurangan.

Hati baik, insya-Allah semua baik.

UTHMAN CHE AZIZ
Projek Anak Muda Islam – HARAKAHDAILY 27/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -