Kita tak makan besi

- Advertisement -

KETIKA ketiadaan makanan, mereka yang mempunyai makanan ialah orang kaya dan bukannya pemilik emas atau perak. Mengembalikan halatuju negeri dan negara ke arah pertanian bukanlah langkah ke belakang tetapi ia langkah yang sangat tepat. 

Sebelum ini kita terlalu ambitious untuk menjadi negara industri, akhirnya kita sedar bahawa kita tak makan besi atau skrew. Adalah suatu kesilapan besar andai negara bergantung kepada sumber makanan import untuk menyuap mulut rakyat kita. Belum terlalu terlambat untuk diperbetulkan halatuju negara ke landasan yang betul. Better late than neverdengan izin.

Sebelum krisis makanan dunia timbul ekoran dari pandemik COVID-19 dan peperangan Ukraine, Kerajaan Negeri telah melangkah kehadapan, menyusun dan melaksanakan PSPT 2019-2023 dengan objektif besar menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluaran makanan. Kiranya kita telah bersedia dengan payung sebelum hujan turun.

Kerajaan Persekutuan melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, 2 tahun sebelum itu Kerajaan Negeri telah melancarkan PSPT 2019-2023. Dari 7 inisiatif-inisiatif utama yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya dilaksanakan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sekuriti makanan negara, Terengganu telah terlebih dahulu melaksanakan lebih 80 peratus daripadanya. 

Kita tak kata Pusat tiru Terengganu tapi itulah faktanya. Antaranya berkaitan penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan, pewartaan tanah kerajaan di bawah Seksyen 62 KTN untuk tujuan pertanian, mengekalkan pengezonan kawasan padi, memajukan TKPM, pewartaan ZIA, pembangunan tanah terbiar.

Sebagai vehicle pelaksanaan PSPT Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Jaminan Bekalan Makanan Negeri Terengganu yang dianggotai Kerajaan Negeri bersama Jabatan-Jabatan di bawah MAFI Terengganu dan GLC Negeri terdiri dari TI, TADC, TDM dan LRT. 

TDM dan LRT yang sebelum ini menjadikan perladangan sawit sebagai fokus utama, sekarang turut berganding bahu menceburi sektor penternakan lembu, ayam, penanaman kelapa, nenas, chili dan penghasilan baja kompos.

Satu program khas bersaiz mega dinamakan Program GPMT diwujudkan bertanggungjawab merancang dan sedang melaksanakan 18 projek pertanian, penternakan dan perikanan bernilai RM716.96 juta dengan 5 strategi utama:

1. Membangunkan tanah terbiar.
2. Membangunkan tanah rizab seksyen 62.
3. Menaiktaraf infrastruktur pertanian.
4. Program latihan dan peningkatan kemahiran.
5. Menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi pemborong dan pemasaran.

Isu tanah terbiar antara halangan yang merencatkan usaha penghasilan makanan negeri ditangani dengan penubuhan JK Task Force Pembangunan Tanah Terbiar. Setelah data base tanah terbiar selesai dikemaskini, faktor dan isu dikenal pasti, business plan disusun, Kerajaan Negeri bergerak ke hadapan dengan pilot projek pembangunan tanah terbiar di RTB Pengkalan Aman Permaisuri dan RTB Kg Rahmat Langkap dengan tanaman MK dan Harum Manis.

Nelayan sampan kita turun kelaut tangkap ikan dalam keadaan haram tanpa lesen. Kerajaan tubuhkan JK Task Force Lesen Sampan Nelayan yang telah berhasil meletakkan titik noktah kepada isu yang berlanjutan lebih 40 tahun.

Ringkasnya, agenda Food Security Negeri Terengganu bukan hanya fokus kepada 1 angle sahaja. Tapi kita mengambil kira semua rantaian nilai berkaitan dalam penghasilan food security negeri.

Keberhasilan Program Food Security;

1. SSL Beras 2018 (43 peratus), 2019 (48 peratus), 2020 (53 peratus), 2021 (55 peratus).
2. Pendaratan ikan 8,156.29 mt tahun 2021 berbanding 9,815.92 bagi Jan-April 2022. Peningkatan 20 peratus.
3. Ternakan lembu pedaging 85,437 ekor tahun 2020 berbanding 79,167 ekor tahun 2019.
4. SSL ayam 64 peratus.
5. SSL Kelapa 64 peratus.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 26/7/2022

- Advertisement -