Majlis konvokesyen universiti diserang: Bekas Datuk Bandar maut

Dr. Chao-Tiao Yumol (kiri) adalah individu yang disyaki melakukan serangan tembakan pada majlis konvokesyen di Universiti Ateneo de Manila, Quezon City, Filipina pada 24 Julai 2022 menyebabkan bekas Datuk Bandar Lamitan City, Rosita Furigay (kanan) dan dua yang lain terbunuh. (FOTO pep.ph)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

MANILA: Tiga orang maut termasuk seorang bekas datuk bandar dalam insiden tembakan di sebuah majlis konvokesyen universiti di wilayah ibu negara Filipina.

Polis Filipina berkata, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kampus Universiti Ateneo de Manila di wilayah ibu kota Filipina pada Ahad (24 Julai), membunuh seorang bekas datuk bandar dan dua yang lain dalam serangan menjelang majlis konvokesyen, lapor ABC News

- Advertisement -

“Suspek bersenjatakan dua pistol telah ditangkap dalam kereta yang dipandunya ketika cuba melarikan diri dari Universiti Ateneo de Manila di pinggir bandar Quezon City dan dia dihalang oleh saksi dan pihak berkuasa di luar pintu pagar universiti berkenaan,” kata polis.

Penyiasat cuba menentukan motif serangan itu, tetapi ketua polis Quezon City, Brig. Jeneral Remus Medina berkata, suspek yang merupakan  seorang doktor perubatan, dikenali sebagai Dr Chao-Tiao Yumol mempunyai sejarah perselisihan faham yang lama dengan bekas Datuk Bandar Lamitan City di wilayah Basilan yang terbunuh itu, Rosita Furigay. 

“Rosita Furigay maut dalam serangan bersama pembantunya dan seorang pengawal universiti. Anak perempuan Furigay yang menghadiri majlis graduasi itu cedera dan dibawa ke hospital, ” ujar kenyataan polis.

Video selepas kejadian tembakan itu menunjukkan pelajar dan pegawai yang memakai gaun tamat pengajian menjerit ketakutan dan melarikan diri dalam keadaan panik di lobi bangunan sekolah manakala yang lain merawat mangsa yang terbaring di atas tanah di pintu masuk.

“Kami terkejut dan sedih dengan peristiwa di graduasi Ateneo hari ini dan kami berkabung dengan mereka yang berduka, yang cedera dan mereka yang parutnya daripada pengalaman ini akan mendalam,” kata Marcos Jr. 

Pekerja pengebumian membawa beberapa mayat mangsa tembakan di Universiti Ateneo de Manila, Quezon City Filipina pada 24 Julai 2022 (FOTO AP/Aaron Favila)

Sementara itu, BBC UK melaporkan tembakan di sekolah dan universiti jarang berlaku di Filipina tetapi pembunuhan ahli politik adalah perkara biasa.

Tembakan berlaku di Universiti Ateneo de Manila, ketika acara konvokesyen pelajar undang-undang dan keluarga mereka.

Menurut laporan itu, Ketua Hakim Negara Filipina, Alexander Gesmundo yang sedang dalam perjalanan dalam rangka untuk berucap pada majlis konvoksyen itu beberapa saat sebelum tembakan berlaku telah dinasihatkan untuk berpatah balik daripada menghasiri acara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata, pihak  polis akan  menyiasat dengan teliti dan pantas pembunuhan ini dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

Beliau dijadual berucap pada sesi bersama Kongres di Dewan Perwakilan pada Isnin (25 Julai) juga di Quezon City, di mana polis dan penguatkuasa undang-undang lain telah mengenakan larangan senjata api dan meningkatkan keselamatan sebelum tembakan.– HARAKAHDAILY 25/7/2022.

- Advertisement -