Majukan ekonomi luar bandar melalui ECER

- Advertisement -

SAYA telah diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 (ECER) pada minggu lalu. Pindaan yang dibuat menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap kemajuan ekonomi penduduk luar bandar khususnya penduduk Pantai Timur.

Saya difahamkan pindaan ini juga turut mengetengahkan beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam Pelan Induk 2.0 disebabkan impak pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan sasaran Pelan Induk 2.0 yang telah digariskan sebelum ini. 

Oleh itu, beberapa perkara telah saya cadangkan bagi memastikan ekonomi penduduk luar bandar terutama yang melibatkan penduduk Setiu benar-benar diangkat. Antaranya adalah Kerajaan sewajarnya menarik lebih ramai pelabur untuk melabur ke negeri-negeri ECER khususnya dengan mengembalikan semula insentif pelaburan yang salah satunya melalui pengecualian cukai.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar peruntukan kepada pembangunan modal insan dipertingkatkan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang cemerlang untuk terus melangkah jauh selain kerjasama antara universiti-universiti tempatan diperkukuhkan lagi. 

Justeru, saya berharap agar pindaan yang dibuat mampu meninggalkan signifikan yang mendalam kepada pembangunan ekonomi penduduk luar bandar khususnya rakyat Pantai Timur melalui ECER. Selain itu, saya juga menyeru agar semua rakyat untuk terus menyokong usaha Kerajaan demi kemajuan sosioekonomi penduduk luar bandar. 

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -