Kesucian Dewan Rakyat yang dihakis

- Advertisement -

SETIAP kali persidangan Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara, para Ahli Parlimen dan Senator perlu berhati-hati dalam setiap butir kata yang dikeluarkan.

Sering kali bagi mengambil perhatian seisi Dewan, kalimah ‘Sidang Dewan Yang Dimuliakan’ dan kalimah yang sama erti dengannya akan terpacul dari mulut YB-YB kita.

Namun sayang sekali, nilai ini semakin terhakis. Insiden kekecohan ekoran panggilan seksis dan tidak elok kepada Ahli Parlimen wanita semakin menjadi-jadi.

Perkara ini tidak sewajarnya berlaku, kerana Parlimen adalah dewan hujah! Jika tidak bersetuju, cukuplah isi dan fakta jadi taruhan. 

Tidak perlu meleret-leret dengan panggilan dan gangguan yang boleh dikatakan membawa kepada gangguan seksual pula.

Kita mungkin tidak bersetuju dan bertembung dari sudut politik, namun kita yakin dengan hujah yang kuat sudah memadai untuk membetulkan kesilapan pesaing politik kita.

Oleh sebab itu, ada baiknya bagi menjaga kesucian dan kemuliaan Dewan Rakyat sebagai medan perdebatan hal ehwal rakyat, tindakan terhadap Ahli Parlimen yang mulut mereka begitu laju menuturkan perkataan kesat dan provokasi gangguan seksual dikenakan tindakan.

Usah hakis lagi kemuliaan Dewan Rakyat!

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 21/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -