Anugerah CAF 2022: Mane, Mendy atau Mohamed Salah?

Sadio Mane, Edouard Mendy dan Mohamed Salah, bersaing untuk Anugerah Pemain Terbaik Afrika.
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Wira Senegal, Sadio Mane dan pemain Bercelona dari Nigeria, Asisat Oshoala, berpeluang mengekalkan Anugerah Pemain Terbaik Afrika selepas calon bagi kategori lelaki dan wanita, disenarai pendek oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Mane, pemain terakhir yang dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika pada 2019, bersaing dengan bekas rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir dan rakan senegaranya, Edouard Mendy dari Chelsea.

- Advertisement -

Riyad Mahrez, Naby Keita, Vincent Aboubakar, Karl Toko Ekambi, Achraf Hakimi, Sebastien Haller dan Kalidou Koulibaly, yang sebelum ini berada dalam senarai 10 pemain terbaik, terkeluar dari saingan akhir.

Senarai pendek calon wanita juga diumumkan dengan pemain bola sepak Afrika paling terkenal, Oshoala serta penyerang Cameroon, Ajara Nchout Njoya dan pemain tengah Zambia, Grace Chanda, mara ke saingan tiga pemain terbaik.

Penyerang Barcelona, Oshoala yang dinamakan pemain wanita terbaik Afrika sebanyak empat kali kini mengejar pengiktirafan kali kelima.

Badan induk bola sepak Afrika, CAF, juga mengumumkan senarai akhir untuk kategori lelaki dan wanita lain termasuk Jurulatih, Pemain Muda, Pemain Antara Kelab, Kelab, Pasukan Kebangsaan dan Jaringan Terbaik.

Semua pemenang akan diumumkan hari ini, manakala Anugerah Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik akan diumumkan selepas final Piala Negara Afrika Wanita, Sabtu ini.

Calon Anugerah CAF 2022

Pemain Terbaik (wanita): Grace Chanda (Zambia & BIIK Kazygurt), Ajara Nchout Njoya (Cameroon & Inter Milan) dan Asisat Oshoala (Nigeria & Barcelona).

Pemain Terbaik (lelaki): Sadio Mane (Senegal & Bayern Munich), Edouard Mendy (Senegal & Chelsea), Mohamed Salah (Mesir & Liverpool).

Pemain Terbaik Antara Kelab (wanita): Evelyn Badu (Ghana & Sekondi Hasaacas Wanita/Alvaldsnes), Andile Dlamini (Afrika Selatan & Mamelodi Sundowns), Bambanani Mbanie (Afrika Selatan & Mamelodi Sundowns).

Pemain Terbaik Antara Kelab (lelaki): Achraf Dari (Maghribi & Wydad Athletic Club), Aliou Dieng (Mali & Al Ahly), Mohamed El Shenawy (Mesir & Al Ahly).

Pemain Muda Terbaik (wanita): Evelyn Badu (Ghana & Sekondi Hasaacas Ladies/Alvaldsnes), Doris Boaduwaa (Ghana & Sekondi Hasaacas Ladies), Yasmine Zouhir (Maghribi & AS Saint-Etienne).

Pemain Muda Terbaik (lelaki): Karim Konate (Cote d’Ivoire & ASEC/RB Salzburg), Pape Matar Sarr (Senegal & Tottenham Hotspur), Hannibal Mejbri (Tunisia & Manchester United).

Jurulatih Terbaik (wanita): Desiree Ellis (Afrika Selatan), Bruce Mwape (Zambia), Reynald Pedros (Maghribi), Jerry Tshabalala (Mamelodi Sundowns).

Jurulatih Terbaik (lelaki): Aliou Cisse (Senegal), Carlos Queiroz (Mesir), Walid Regragui (Wydad Athletic Club).

Kelab Terbaik (wanita): AS FAR (Maghribi), Hasaacas Ladies (Ghana), Mamelodi Sundowns (Afrika Selatan).

Kelab Terbaik (lelaki): Al Ahly (Mesir), RS Berkane (Maghribi), Wydad Athletic Club (Maghribi).

Pasukan Kebangsaan Terbaik (lelaki): Cameroon, Mesir, Senegal.

Jaringan terbaik: Zouhair El Moutaraji (Maghribi & Wydad Athletic Club), Gabadinho Mhango (Malawi & Orlando Pirates), Pape Ousmane Sakho (Senegal & Simba). – HARAKAHDAILY 21/7/22

- Advertisement -