Malaysia Airlines di peringkat akhir dapatkan Airbus SE A330neos – Reuters

Model pesawat Airbus SE A330neos. (FOTO Wikipedia)
- Advertisement -

FARNBOROUGH, England: Malaysia Airlines kini dalam peringkat akhir proses perjanjian untuk mendapatkan Airbus SE A330neos bagi menggantikan armada 21 buah pesawat A330, model terdahulu yang dimilikinya, ujar dua sumber yang mengetahui perkara itu kepada Reuters.

Ketua Eksekutif Malaysia Airlines Izham Ismail dilaporkan sebagai berkata pada bulan Jun lalu bahawa syarikat penerbangan itu sedang mencari untuk membuat keputusan mengenai penggantian satu-untuk-satu bagi pesawat A330nya, pada pertengahan hingga akhir Julai.

- Advertisement -

Pada masa itu, beliau enggan menyatakan sama ada syarikat penerbangan itu akan menempah pesawat itu, bertujuan untuk menggantikan 15 buah pesawat A330-300 dan enam  buat kapal terbang A330-200, daripada pengeluar secara langsung atau daripada pemberi pajak.

Malaysia Airlines yang mempunyai pesawat A330 dan A350 dan telah membuat tempahan sementara untuk Boeing Co 787 pada tahun 2017 tetapi membiarkan perjanjian itu luput.

Sumber, yang tidak boleh dinamakan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu, memberitahu Reuters bahawa A330neo telah dipilih sebagai model pilihan.

Sementara, jurucakap Malaysia Airlines berkata pada Rabu bahawa syarikat penerbangan itu belum membuat keputusan mengenai penggantian A330.

“Kami masih meneruskan proses itu,”” kata jurucakap itu.

Pelan pemodenan armada yang direka untuk membantu mengurangkan pelepasan karbon muncul susulan syarikat penerbangan itu, yang menanggung kerugian selama bertahun-tahun sebelum pandemik Covid-19, bagaimanapun  telah melaporkan aliran tunai yang positif sejak Oktober lalu.

Sementara jurucakap Airbus enggan mengulas, memetik dasar syarikat untuk tidak mendedahkan perbincangan yang mungkin atau mungkin tidak dilakukan dengan pelanggan. – HARAKAHDAILY 20/7/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -