Mati itu pasti

- Advertisement -

BULAN ini ada banyak kali meminta bantuan beliau bagi membantu mengadakan pertemuan dengan mantan Exco-exco tahun 1999-2004, bagi projek buku. Mereka hanya akan mudah diminta tarikh pertemuan jika beliau yang aturkan kerana keakraban hubungan semenjak dulu.

Siapa yang sanggup untuk menduduki kerusi cabuknya, dengan gaji yang kecil, kerja yang perlukan pengorbanan yang tinggi, ke sana ke mari, dilaksanakan beliau sejak puluhan tahun. 

Dan beliau juga tidak mengeluh mengenai kesusahan lalu meminta itu dan ini tanpa segan. Sifat orang beriman, sememangnya begitu, tidak diketahui miskin dan susah kerana tidak meminta-minta. Diberi ambil, kalau tiada, tidak mengemis.

Di kala orang mula menduduki tempat-tempat yang selesa usai kemenangan, beliau kekal memilih bersama Harakah. Tidak pernah marah, hanya tersenyum, cara dia menyelesaikan kekusutan dengan teman-teman.

Separuh hari dengan beliau semalam, kenangan yang akan terpahat dalam ingatan. Tengahari selesai program beliau dengan Datuk Ahmad Amzad Hashim di Chendering, aku mengajak dia menjamu selera kari kepala ikan yang sangat disukainya. Jangan offerlah ayam atau yang lain, kepala ikan juga yang dia pilih.

Menghubungi Dato’ Rosol Wahid, Haji Wahid Endut dan Datuk Razali Idris untuk temujanji serta kewangan KAWAT.

Gambar-gambar bersama Ayah Wan Mutalib semalam, mungkin adalah bidikan terakhir beliau sebagai seorang wartawan.

Seorang guru dan sahabat dalam perjuangan memartabatkan Islam. Semoga Allah menerima segala amalan baik allahyarham Khairul Azlam Mohamad dan dikurniakan balasan syurga amiin.

MOHD NASIR ABDULLAH
18 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 18/7/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -