Oleh SALMAH MAT HUSAIN
TUMPAT: Isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian petang tadi.
Allahyarham Wan Norihan Wan Ab. Rahman, 54, meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 6.55 petang.
Pegawai Khas kepada Wan Roslan, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, arwah sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit jantung.
“Allahyarham baru selesai menjalani pembedahan pintasan atau ‘bypass’ di sebuah hospital swasta baru-baru ini,” ujarnya ketika dihubungi.
Menurut Anas lagi, arwah mengalami masalah paru-paru berair selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Katanya, memandangkan keadaan allahyarhamah semakin membimbangkan akhirnya dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta selama 26 hari sebelum dipindahkan ke HUSM.
Menututnya juga jenazah Wan Norihan akan dikebumikan di Kampung Kutan di sini malam ini. Allahyarhamah meninggalkan sembilan orang cahaya mata dan seorang cucu. Dua orang daripadanya merupakan hafiz dan seorang hafizah. – HARAKAHDAILY 16/7/2022