Ronaldo ditawar kontrak RM1.1 bilion sertai kelab Saudi

- Advertisement -

LISBON: Bintang Manchester United, Ronaldo telah dtawarkan kontrak yang sangat lumayan  bernilai £210 juta (RM1.1 bilion) untuk dua musim oleh sebuah kelab bola sepak Arab Saudi.

Penyerang Portugal itu sebelum ini dilaporkan tidak berpuas hati di Manchester United (MU), didakwa meminta perpindahan kerana pasukan Liga Perdana itu tidak layak ke Liga Juara-Juara.

- Advertisement -

Ronaldo tidak menyertai pasukan itu dalam jelajah pramusimnya di Asia dan Australia atas sebab peribadi.

Dengan segelintir pihak mendakwa MU tidak lagi mampu membayar gaji besar Ronaldo ketika ini yang berjumlah £450,000 seminggu, sebuah kelab Saudi yang tidak disebutkan namanya telah menawarkan kontrak  £210 juta kepada pemenang Ballon d’Or lima kali itu, lapor CNN Portugal.

MU juga dikatakan akan memperoleh £25 juta daripada kontrak perpindahan Ronaldo dengan kelab Saudi tersebut, jumlah yang lebih kurang sama dibayar untuk membawanya kembali ke kelab tersebut musim panas lalu.

Ronaldo mempunyai pengikut yang ramai di Timur Tengah, terutama kehadirannya untuk amal dengan menderma  di rantau ini, seperti membantu krisis pelarian di Syria. – HARAKAHDAILY 15/7/202

- Advertisement -