Sarawak anjur Festival Maal Hijrah 1444

- Advertisement -

KUCHING: Sempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1444 tidak lama lagi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) akan menganjurkan Festival Maal Hijrah 1444H/2022M.

Program tersebut akan diadakan pada 29 hingga 31 Julai ini bertempat di Masjid Jamek Sarawak.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, festival tersebut diadakan untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baru Hijrah dengan penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Antaranya kata beliau Malam Cinta Rasul, pameran kerjaya dan pendidikan, kembara basikal dan persembahan khas kumpulan nasyid terkenal iaitu In-Team.

“Program yang dianjurkan mengambil kira penglibatan masyarakat secara umun tanpa mengira umur serta melangkaui batas agama dan bangsa,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitul Makmur ll di Petra Jaya hari ini.

Kata beliau pihaknya menyasarkan 1,000 pengunjung hadir pada festival berkenaan.

Menurutnya juga Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dijangka menyempurnakan majlis penangguhan festival tersebut pada 31 Julai ini. – CATS

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -