Pengkhianatan ‘Muaah Anwar, Muaah DAP’

- Advertisement -

PERKARA paling geram bila menonton movie adalah adanya watak pengkhianat yang jadi gunting dalam lipatan. 

Malah sejarah Melayu juga banyak mengkisahkan pengkhianatan yang menyebabkan perpecahan dan kejatuhan orang Melayu. 

Jika baca artikel ditulis Hasanuddin Yusof, antara pengkhianatan orang kita dalam sejarah adalah:

1. Pengkhianatan pembesar Melayu sehingga menyebabkan Kerajaan Melaka jatuh pada tahun 1511. 

2. Pengkhianatan menantu Sultan Iskandar Muda dari Aceh, belot dan bagi tahu rancangan Aceh serang Portugis di Melaka pada 1629.

3. Pengkhianatan orang Melayu bagi makanan dan beri bantuan kepada tentera Portugis yang dikepong selama 5 bulan dalam Kota A Famosa 1629, walhal kita hampir menang. 

4. Pengkhianatan pemerintah Alam Melayu yang beri sokongan pada Belanda ketika Raja Haji Fisabilillah menyerang Belanda di Kota Melaka pada 1784.

Begitulah pengkhianatan yang berlaku, bahkan ianya diwariskan hingga kini. Bagaimana kita lihat Muafakat Politik Orang Melayu-Islam abad ini telah dikhianati dengan adegan ‘No Anwar, No DAP’. Walhal ‘Muaah Anwar, Muaah DAP’.

Presiden parti terbesar Melayu, mengkhianati kerjasama politik dengan berselingkuh dalam gelap bersama Pakatan Harapan (DAP, PAN dan PKR) mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Di depan ahli parti diulang sebut ‘No DAP, No Anwar’. Di belakang ahli mereka bercumbuan dalam senyap. Mereka khianat bukan sahaja kepada kawan kerjasama politik malah khianat dengan mandat ahli parti jua.

Mereka ini bukanlah pembawa kestabilan, tapi merekalah api dalam sekam, benih perpecahan. Memecahkan kerjasama Muafakat Orang Melayu-Islam. 

Imej beginikah ada parti mahu memimpin negara dan menggantikan PAS di Kelantan dan Terengganu? Apakah mereka meremehkan harga diri rakyat Malaysia, oghe Kelate dan orang Teganu?

“Sejarah tetap mengulangi riwayatnya”

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 13/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -