Manchester United belasah Liverpool 4-0

Kemenangan Manchester United menggembirakan peminat pasukan itu
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Erik ten Hag menikmati kemenangan pertama sebagai pengendali Manchester United apabila tiga gol pada separuh masa pertama memastikan pasukannya menikmati kejayaan mengagumkan ke atas saingan Liverpool di Bangkok, malam tadi.

Jadon Sancho membuka tirai jaringan sebelum Fred dan Anthony Martial melebarkan jurang menentang pasukan Liverpool yang melakukan 21 pertukaran sepanjang 90 minit.

- Advertisement -

Pemain muda Uruguay, Facundo Pellistri, menambah gol keempat pada akhir babak kedua di hadapan lebih 50,000 penyokong bersemangat di Bangkok. Liverpool dimalukan dengan gandingan pelik pemain hingga kelihatan seperti tiga pasukan dalam satu perlawanan, selain kesilapan pertahanan.

Namun ini hanya permulaan pramusim, dengan beberapa pemain Liverpool baru pulang dari bercuti beberapa jam sebelum berlepas ke Bangkok, Sabtu lalu.

Daripada kesebelasan utama United, terdapat ramai pemain yang dijangka diturunkan pada minggu pembukaan Liga Perdana. Namun begitu selepas penyeksaan yang peminat alami sejak 12 bulan lalu, keputusan ini ternyata suatu kelegaan besar.

Gol Fred terlalu menyerlah, penamat Sancho penuh ketenangan, penyudah Martial juga hebat dan jika Marcus Rashford, mengambil peluang lagi secara menyerang, United akan hampir sempurna.

Bagaimanapun, Ten Hag juga sedar bahawa pasukannya dibantu oleh tuah pada saat-saat tertentu.

Terdapat situasi permainan yang tidak masuk akal apabila pemain baharu Liverpool yang mengagumkan, Carvalho dan Luis Diaz, yang juga melakukan lantunan mudah, kedua-duanya terkena tiang.

David de Gea pula melakukan empat aksi menyelamat yang baik, termasuk menafikan usaha Nunez yang merupakan antara barisan terakhir pemain gantian Jurgen Klopp. Mereka juga termasuk Mohamed Salah, yang melepaskan rembatan ke arah tiang pada akhir perlawanan.