Presiden baharu Sri Lanka dipilih minggu depan

Orang ramai bermandi-manda di kolam renang kediaman mewah Presiden Gotabaya Rajapaksa di Colombo, Sri Lanka pada 9 Julai 2022. (FOTO Sputnik News)
- Advertisement -

COLOMBO: Parlimen Sri Lanka akan memilih presiden baharu pada 20 Julai ini, selepas orang ramai embuat tunjuk perasaan dan menyerbu kediaman mewah Presiden, Gotabaya Rajapaksa di tengah-tengah kegawatan ekonomi yang melanda negara itu.

Speaker Parlimen Sri Lanka, Mahinda Yapa Abeywardena dalam kenyataannya pada Isnin (11 Julai) berkata, Rajapaksa, yang telah mencetuskan penghapusan pemberontak Harimau Tamil ketika menggalas jawatan sebagai setiausaha pertahanan negara itu, akan meletakkan jawatan pada Rabu minggu depan. 

- Advertisement -

Speaker Parlimen Sri Lanka, Mahinda Yapa Abeywardena dalam kenyataannya pada Isnin berkata menurut Reuters, Rajapaksa yang telah mencetuskan penghapusan pemberontak Harimau Tamil ketika menggalas jawatan sebagai setiausaha pertahanan negara itu, akan meletakkan jawatan pada Rabu minggu depan. 

Kesemua adik-beradik dan anak saudaranya sebelum ini telah jawatan masing-masing sebagai menteri kabinet Sri Lanka selepas negara itu mula kehabisan  bekalan minyak, makanan dan keperluan asas  lain dalam krisis terburuk sejak kemerdekaan dicapai daripada Britain pada 1948.

Orang ramai yang menunjuk perasaan bertindak menyerbu kediaman mewah Presiden Gotabaya Rajapaksa di Colombo, Sri Lanka pada 9 Julai 2022. (FOTO REUTERS)

“Parlimen akan bersidang semula pada Jumaat ini dan akan mengundi untuk memilih presiden baharu lima hari kemudian.

“Semasa mesyuarat pemimpin parti yang diadakan hari ini telah dipersetujui bahawa ia penting untuk memastikan kerajaan semua parti yang baharu dilaksanakan mengikut Perlembagaan,” tambah kenyataan Abeywardena itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, yang kediamannya dibakar oleh penunjuk perasaan, berkata beliau akan berundur dari jawatannya itu. 

Menurut kenyataan pejabat kerajaan Sri Lanka, Rajapaksa telah mengesahkan rancangan peletakan jawatannya kepada perdana menteri, sambil menambah bahawa kabinet akan meletakkan jawatan sebaik sahaja perjanjian dicapai untuk membentuk kerajaan semua parti.  – HARAKAHDAILY 12/7/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -