Anak PJ Sabah meninggal dunia akibat kanser

- Advertisement -

Oleh RENNA YUN

KOTA BELUD:
Perunding SKIMPAS Sabah, Shaika Shuhada Mohd Aminuddin meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru peringkat empat.

Arwah merupakan anak kepada Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling meninggal dunia pada 30 Julai lalu.

Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Sabah, (LKK DMPNS) dengan kerjasama LKK DMPK Tuaran menziarahi keluarga Allahyarhamah di rumah mereka di Kampung Botung, di sini semalam.

- Advertisement -

Skuad Prihatin Muslimat Sabah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai hasil kutipan daripada ahli kepada wakil keluarga, Afendi Mohd Aminuddin yang merupakan abang kepada arwah.

Menurut Ketua LKK DMPNS, Norazian Sapiai, ketika arwah meninggal dunia kedua ibu bapa berada di tanah suci Makkah.

“Mereka menerima berita dukacita tersebut dengan hati yang pilu namun tetap reda dan berlapang dada dengan ketentuan Ilahi. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga atas pemergian arwah dan kami doakan semoga arwah diampunkan segala dosa dan di tempatkan dalam kalangan solihin,” ujarnya.

Norazian berkata, perjuangan arwah menjadi sumber inspirasi kepada sahabat yang lain untuk terus berjuang. – HARAKAHDAILY 7/7/2022

- Advertisement -