134 sertai Kuliah Fiqh Korban dalam talian

- Advertisement -

Oleh NUR MARLYANNAH UMAR

LAHAD DATU:
PAS Sabah berusaha memberi kefahaman tentang ibadah korban dengan mengadakan Kuliah Fiqh Korban anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS negeri secara dalam talian, semalam.

Menurut Pengerusinya, Abdul Muein Mohd Noor, kuliah itu memberi kefahaman kepada masyarakat secara jelas tentang ibadah korban sebelum mereka melakukan korban Ahad ini.

- Advertisement -

“Ibadah korban adalah perkara yang penting kerana ia melibatkan ibadah yang dituntut dalam Islam,” katanya pada program tersebut.

Kuliah disampaikan Ketua Urusan Ulama PAS Lahad Datu, Mohd Zaki Ibrahim. Program itu dikendalikan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah. Turut hadir wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong.

Menurut Nizam, seramai 134 peserta yang terdiri daripada ahli Badan Perhubungan PAS Sabah, pimpinan PAS Negeri, pimpinan PAS kawasan, ahli menyertai program tersebut. Kuliah dijalankan hampir dua jam.

Peserta turut berpeluang bersoal jawab dan berkongsi pengalaman secara dalam talian. – HARAKAHDAILY 7/7/2022

- Advertisement -