Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu lagi portal yang meletakkan tajuk misleading sehingga mengundang kecaman dan fitnah awam, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook beliau, malam ini.

Menurutnya, program berbasikal ke pejabat adalah inisiatif KASA untuk mempromosi gaya hidup lestari, mobiliti aktif dan mengurangkan pencemaran.

- Advertisement -

Katanya, galakan berbasikal itu adalah untuk warga KASA atau mereka yang tinggal sekitar radius 5 km dari rumah ke pejabat.

Dalam catatan pada 30 Jun lalu, beliau berkata warga KASA yang tinggal dalam radius 5 km dari Kompleks F, Putrajaya akan berbasikal ke pejabat mulai 1 Julai.

Beliau berkata, KASA menggalakkan budaya berbasikal ke pejabat untuk mempromosi mobiliti aktif rendah karbon dan membentuk gaya hidup sihat.

Dalam satu lagi hantaran petang tadi, beliau menyarankan supaya mengamalkan politik sihat.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membuat poster fitnah terhadap beliau.

“Tidak ada masalah untuk mengkritik kerja buat yang saya lakukan selagimana ia benar.

“Saya terbuka. Cuma, saya sarankan berpolitik biarlah dengan cara yang matang.

“Pihak kami akan jejak poster fitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang. Insya-Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 6/7/2022

- Advertisement -