Kolam takungan pecah mungkin punca kepala air

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Kejadian kepala air di Kampung Iboi ada kemungkinan berpunca daripada kolam takungan (tandak) air masyarakat di Gunung Inas yang pecah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ,berkata kolam berkenaan pecah kerana tidak berupaya menakung air yang banyak serta deras.

- Advertisement -

“Situasi ini tidak terakam dalam gambar udara Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi tadi. Besar kemungkinan tandak takungan air masyarakat ke kampung mengalami situasi yang sama,” katanya pada hantaran kepada media, malam tadi.

Katanya, kolam takungan air masyarakat di Gunung Inas yang pecah membekalkan air ke Kampung Carok Kapas dan Kampung Carok Rotan Mas.

Oleh itu, ujar beliau tidak mustahil insiden seumpama itu boleh menyumbang kepada pembentukan kepala air. – HARAKAHDAILY 6/7/22

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!