Khidmat Malaysia bantu operasi Baling hingga Jumaat

- Advertisement -

PUSAT Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) akan meneruskan operasi bantuan untuk fasa Relief pada hari ini dan akan berakhir pada hari Jumaat nanti. Fokus utama adalah operasi pembersihan rumah (Ops Cuci) yang dilanda banjir lumpur dan diselaraskan oleh Jabatan Amal Malaysia (JAM).

Sehingga kini seramai 350 orang anggota telah turun bertugas sejak malam kelmarin dan dijangkakan akan bertambah sehingga ke hari Jumaat nanti.

Semua petugas dan sukarelawan telah diminta melaporkan diri ke Bilik Operasi KM kawasan Baling  dikehendaki mengikut arahan Bilik Operasi KM kawasan Baling sepanjang waktu bertugas di kawasan bencana. 

Setiap Kumpulan petugas telah diperingatkan supaya membawa peralatan yang sesuai dan mencukupi dengan tugasan mencuci memandangkan keadaan bencana banjir yang berlumpur. Antara aset yang diperlukan adalah peralatan mencuci, water Jet, water pump dan tangki air mudah alih.

Bantuan barangan keperluan seperti dapur, tong gas, tilam, makanan dan minuman yang hendak disumbangkan mestilah mengikut senarai yang dikeluarkan oleh KM Negeri Kedah dan boleh berhubung dengan Bilik Operasi KM di Baling.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil YB Mejar (B) Mansur bin Zakaria telah dilantik sebagai Penyelaras Operasi Bencana ini manakala Ustaz Amin dilantik sebagai Ketua Bilik Operasi KM Baling.

Sekian. Wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
6 Zulhijjah 1443 / 6 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 6/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -