Jemaah haji Malaysia mesti jaga nama baik negara

KUALA LUMPUR: “Jemaah haji Malaysia mesti sentiasa jaga nama baik negara baik daripada sudut akhlak dan kebersihan maktab,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya, beliau berada Maktab 48 dan 50 semalam bagi melancarkan Kempen Kebersihan Masyair bersama penghuni maktab.

Advertisement

“Kami disambut ceria oleh jemaah yang telah berkumpul bagi melaksanakan kempen yang amat bermakna ini. Sangat gembira juga dapat beramah mesra dengan jemaah,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, semalam.

Katanya, kempen itu merupakan program tahunan yang dikelolakan Tabung Haji sejak 2017 dan ia mendapat kepujian daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.  

“Kebersihan tanggungjawab kita bersama. Ia amat dituntut dalam Islam. Dengan kebersihan dan keceriaan ini, moga menjadi asbab diterima amal ibadah kita,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 6/7/2022