Banjir Baling: Kelantan sumbang RM50,000

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di negeri Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Kerajaan Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

Advertisement

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan di atas sumbangan itu.

“Kerajaan Negeri Kedah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap bencana kepala air yang berlaku di Baling,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau.

Sanusi turut memuatkan serangkap pantun.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu menggalas,
Budimu tuan kami kenang,
Amal mulia pahala dibalas.
– HARAKAHDAILY 6/7/2022