36 nelayan darat terima sumbangan RM140,000

- Advertisement -

PASIR MAS: Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Exco Pertanian terus menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kesejahteraan masyarakat.

Terkini, penternak ikan di bawah Persatuan Komuniti Perikanan Sungai To’ Uban menerima peruntukan RM140,000 bagi menampung keperluan pembinaan sangkar ikan. 

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail menyampaikan sumbangan tersebut kepada 36 nelayan darat di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, hari ini.

“Bermula 2019, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM140,000 hingga RM150,000 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran ikan air tawar di kawasan perairan tersebut. 

“Oleh itu, kita mensasarkan setiap penternak akan menerima tambahan empat petak sangkar ternakan ikan selepas menerima sumbangan di bawah peruntukan pembangunan perikanan dan akuakultur negeri Kelantan melalui kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Dun Chetok”, katanya.

Beliau berpuas hati dengan peningkatan jumlah anak muda menceburi bidang ini bermula sekitar 10 penternak yang menerima peruntukan awal pada ketika itu, bertambah menjadi 77 penternak berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, YB Zuraidin Abdullah dan Pegawai Perikanan Negeri Kelantan, Maznah Yusoff. – UPKN

- Advertisement -
- Advertisement -