Revolusi teknologi kejuruteraan pertanian ke arah 4IR

- Advertisement -

KEMAJUAN Teknologi dan Kejuruteraan dalam Pertanian dan Industri Makanan amat penting dalam terus memodenkan sektor agromakanan negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Hari ini, saya merasmikan Simposium Kejuruteraan Pertanian 2022, kali ini bertemakan ‘Revolusi Teknologi Kejuruteraan Pertanian ke arah 4IR’.

Simposium seumpama ini merupakan antara usaha berterusan MAFI melalui Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) yang menemukan pelbagai jabatan dan agensi bersama pemain-pemain industri termasuk pihak swasta.

Saya tegaskan, antaranya mengenai peri pentingnya adaptasi penggunaan dan pemindahan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dalam sektor agromakanan melalui pemodenan dan pertanian pintar untuk terus meningkatkan produktiviti hasil pertanian lantas memperkukuhkan lagi Sekuriti Makanan Negara.

MAFI mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat pembekal teknologi untuk turut menyumbang kepakaran dalam usaha mentransformasikan sektor agromakanan negara termasuk bidang kajian penyelidikan (R&D) serta pembangunan teknologi yang kini sedang giat dijalankan, bukan sahaja oleh agensi penyelidikan kerajaan, namun turut melibatkan inisiatif pihak swasta termasuk pemain industri dan pembekal teknologi.

Dalam majlis yang sama, saya juga telah melancarkan Penerbitan Buku ‘Kompilasi Inovasi Bahagian Kejuruteraan Pertanian 2016–2020’ yang mengumpul kesemua produk inovasi kejuruteraan pertanian dari tahun 2016 hingga 2020 yang telah direkacipta oleh pegawai dan kakitangan DOA khususnya dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian. 

Buku ini menyediakan maklumat keterangan ringkas projek inovasi, kelebihan produk, spesifikasi dan kos inovasi yang telah dihasilkan pada tahun berkenaan termasuk berkaitan jentera, mesin dan peralatan yang telah direkacipta oleh 96 orang perekacipta dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian, DOA.

DATUK SERI DR RONALD KIANDEE
Menteri Pertanian dan Industri Makanan – HARAKAHDAILY 5/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -