BUAT pertama kalinya, nilai transaksi e-Dagang negara telah mencecah RM1 trilion pada tahun lepas.
Menerusi inisiatif mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN), dua projek akan diperkenalkan pada peringkat awal.
Projek DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.
Untuk e-Dagang, Projek Digital Trade diperkenalkan bagi memudahkan perdagangan merentas sempadan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR) dengan adaptasi digital.
PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara.
Keutamaan strategik pertama adalah dalam memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat.
Kedua, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ – berjaya di peringkat antarabangsa dan seterusnya, menarik pelaburan bernilai tinggi.
Tahniah saya ucapkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Tan Sri Tpr Annuar Musa dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC, atas penganjuran majlis dan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan.
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Perdana Menteri Malaysia– HARAKAHDAILY 5/7/2022
Sumber Asal: https://www.facebook.com/watch/?v=594977345300115&extid=NS-UNK-UNK-UNK-UNK_GK0T-GK1C-GK2C&ref=sharing
PEMANGKIN pacu adaptasi digital secara lebih strategik
Nilai transaksi e-Dagang negara cecah RM1 trilion tahun lepas
- Advertisement -