Muasaadah: Lebih RM40.8 juta dibelanja sepanjang Jun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membelanjakan RM40,841,247.59 menerusi program Muasaadah sepanjang Jun 2022 untuk membantu masyarakat dan para asnaf yang terjejas akibat musibah dan sebagainya.

“Inilah antara peranan agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang memahami denyut nadi masyarakat,” ujar Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini.

Katanya, agenda memperkasa institusi Mahkamah Syariah dan pelaksanaan Akta Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) menjadi antara fokus utama serta dilaksanakan dengan terancang.

- Advertisement -

Tambahnya, usaha-usaha memperkukuh pendidikan umat Islam diteruskan secara agresif.

Beliau berkata, program pengukuhan institusi kekeluargaan dan masyarakat telah digerakkan di lapangan.

Menurutnya lagi, Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan telah menjadi mercu tanda usaha memakmurkan Al-Quran dan mengisi jiwa insan.

Kata beliau, manakala penganjuran Persidangan Ulama’ Asia Tenggara telah menonjolkan usaha Malaysia menyeru kepada penyatuan ummah di peringkat antarabangsa.

“Kesemua program dan dasar ini telah dilaksanakan secara kolektif oleh Pasukan Menteri Agama.

“Terima kasih kepada seluruh warga agensi hal ehwal Islam. Kita terus bekerja kerana Allah. Kita menjaga agama Islam dan umat Islam,” katanya.

Jumlah keseluruhan RM40,841,247.59 juta (Program Musaadah)
RM5,278,536 juta (Al-Rahnu Bisnes dan Ar-Rahnu Care)

Pecahan mengikut agensi:
1) MAIWP
Nilai sumbangan: RM35 juta (penerima manfaat 10,000 orang)

2) YADIM
Nilai sumbangan: RM52,995 (penerima 626 orang)

3) Tabung Musaadah Covid 19 JAKIM-YWM
Nilai sumbangan: RM22,000 (penerima 102 orang)

4) JAWI
a) JAWI Food Bank
Nilai sumbangan: RM9,947.59 (penerima 173 orang)

b) Sumbangan masjid dan surau
Nilai sumbangan: RM117,760 (penerima 1,660 orang)

Jumlah keseluruhan nilai sumbangan: RM127,707.59
Jumlah keseluruhan penerima manfaat: 1,833 orang

5) YaPEIM
Nilai sumbangan: RM180,545.00 (penerima 4,056 orang)
Nilai sumbangan Ar-Rahnu Bisnes dan Ar-Rahnu Care: RM5,278,536 (penerima 604 orang)

6) Tabung Haji
Nilai sumbangan: Mobiliti TH hb RM5.4 juta (penerima lebih 10,000 orang ahli qariah)

7) TV Al-Hijrah
Nilai sumbangan: RM58,000 (penerima 93 orang) – HARAKAHDAILY 5/7/2022

- Advertisement -