Purnama serah dermasiswa tahun 2022 kepada 231 pelajar

- Advertisement -

PURNAMA meneruskan komitmen kecaknaan terhadap keselesaan pendidikan pelajar-pelajar cemerlang terpilih daripada keluarga yang kurang berkemampuan dari seluruh Parlimen dalam Negeri Kelantan menerusi Penyampaian Sumbangan Dermasiswa Purnama bagi Tahun 2022.

Penyerahan Dermasiswa Purnama Tahun 2022 ini kepada 231 orang pelajar disempurnakan oleh YABhg Datin Bentara Kanan Hajjah Siti Zabidah Ab Hamid, Yang Di Pertua Purnama 99 dan YBhg Datin Hasmani Husain, Timbalan Yang Di Pertua Purnama 99 di Dewan Astaka, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Kota Bharu.

Turut hadir YB Dato’ Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, Tim Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hjh Mumtaz Md Nawi, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YM Datin Hjh Tuan Sabariah Tuan Ishak, Penasihat Purnama di samping Ahli-ahli Purnama yang lain beserta guru-guru pengiring.

Menurut Datin Bentara Kanan, Dermasiswa Purnama ini telah diperkenalkan pada tahun 2015, di mana ianya telah diberikan pada awalnya kepada 62 orang pelajar terpilih dengan melibatkan sumbangan berjumlah RM22,320.00. Pada tahun 2022 ini, sejumlah 231 pelajar telah dipilih dengan melibatkan sumbangan berjumlah RM121,500.00 iaitu sumbangan berjumlah RM500.00 bagi setiap pelajar.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Motivasi Pelajar yang disampaikan Tuan Haji Mustaffa Abdullah, Perunding Halatuju Pendidikan dari Kuala Lumpur.

Inisiatif Purnama ini diharap bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi menampung kos pengajian, malah kemudiannya dapat membolehkan anak-anak pelajar memotivasikan diri mencapai kecemerlangan untuk ke menara gading bagi membangunkan kerjaya yang lebih baik demi masa depan.

DATO’ USTAZ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan– HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -