Peserta ibadat korban perlu buat permohonan JPV

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Mana-mana pihak atau individu yang ingin melaksanakan ibadat korban pada Hari Raya Aidiladha dikehendaki membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, Dato’ Azman Nashrudin, peraturan itu bagi memastikan ternakan yang disembelih sihat serta tidak berpenyakit.

Katanya kegagalan mematuhi peraturan tersebut satu kesalahan di bawah Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu Negeri Kedah (pindaan pertama 1990) dan boleh dikompaun tidak melebihi RM300,” katanya pada kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Selain itu kata beliau melakukan pemindahan ternakan (lembu, kerbau, kambing dan bebiri) tanpa kebenaran bertulis daripada JPV juga satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000.

Pemindahan ternakan sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta Binatang 1953 (pindaan 2013).

Oleh itu beliau yang juga Adun Lunas berharap pihak yang berhasrat melaksanakan ibadah korban hendaklah memaklumkan kepada JPV selewat-lewatnya 7 Julai ini.

Maklumat lanjut boleh hubungan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di talian 04-7205200 atau laman web http://www.dvskedah.gov.my//, facebook:dvskedah atau email ke [email protected]. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -