ARC tetap jadi pilihan anak muda

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Alternative Riding Club (ARC) mengutamakan adab dan tatasusila dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Pengarah Alternative Riding Club (ARC) Perlis Azizi Syam berkata, walaupun ARC sebuah kelab permotoran, namun adab dan tatasusila perlu diterapkan kepada setiap ahli.

Katanya perkara itu secara tidak langsung berjaya menarik minat pelbagai golongan masyarakat menyertai ARC.

- Advertisement -

“Golongan muda masih mencari platform yang sesuai dengan jiwa dan kehendak mereka. ARC antara yang menjadi pilihan mereka.

“Alhamdulilah, kita lihat kini ARC semakin mendapat tempat di hati masyarakat tanpa mengira peringkat umur,” katanya pada taklimat Kod Etika ARC Malaysia di Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang di sini semalam.

Azizi juga berkata, sehingga sekarang hampir 200 ahli menyertai ARC yang terdiri dari pelbagai peringkat usia sejak dilancarkan pada 2014.

Seramai 15 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) ARC Perlis menyertai taklimat tersebut yang disampaikan Ketua Tarbiyah dan Tatatertib ARC Malaysia, Anuar Abdul Mulup.

Turut menyertai taklimat tersebut pimpinan ARC Pulau Pinang. ARC menyemaikan konsep ‘Riadah Ukhuwah dan Dakwah’. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -