TH siasat jemaah haji rahsia status kesihatan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Tabung Haji (TH) diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan segelintir bakal jemaah haji merahsiakan status sebenar tahap kesihatan mereka semata-mata untuk mengerjakan ibadah haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat ini pihaknya menerima makluman mengenai dakwaan itu.

Namun katanya, dakwaan tersebut perlu disiasat terlebih dahulu untuk mengenal pasti perkara sebenar sebelum sebarang tindakan dilakukan.

- Advertisement -

“Perkara ini dalam pengetahuan pihak berwajib dan kita mengarahkan supaya pihak terlibat membuat siasatan walupun belum disahkan kebenarannya.

“Siasatan perlu dilakukan sebab kita tahu bakal haji kini berada di tempat yang keadaan cuaca berbeza dan panas barangkali boleh menyebabkan kesihatan mereka terjejas,” katanya selepas melawat rumah mangsa kebakaran di Mukim Siti Manis, di sini hari ini. (Foto atas)

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada 13 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran dan ribut di Parlimen Pengkalan Chepa baru-baru ini. Sebanyak RM20,000 diagihkan kepada mangsa terlibat.

Ahmad Marzuk bagaimanapun menasihat semua jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan selain membawa bekalan ubat yang sepatutnya bagi memastikan kesihatan dapat dijaga untuk mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 3/7/2022

- Advertisement -