Nik Zawawi nafi apa yang difitnah akhbar tempatan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh semalam melahirkan rasa sangat pilu apabila ada pemberita yang tidak bertanggungjawab dan tidak berpegang kepada konsep dosa dan pahala.

Advertisement

“Hari ini saya sangat rasa pilu apabila ada pemberita yang tak bertanggungjawab dan tak berpegang kepada konsep dosa dan pahala dalam pekerjaan mereka.

“Isu yang mengatakan saya memandang remeh terhadap kenaikan harga barang ada satu fitnah yang sangat besar dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak di kalangan pemimpin,” ujarnya dalam hantaran di Faceook beliau, semalam.

Menurutnya, apa yang beliau beritahu ialah kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara ini.

“Apa yang saya bagitahu ialah, kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya,” ujanya.

Maka, jelasnya antara tindakan pantas yang diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan kepada rakyat B40 bantuan-bantuan khas dan sekali gus akan mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan tersebut.

“Maka dengan adanya bantuan sebegini maka rakyat tidaklah menghadapi masalah besar dalam kehidupan mereka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh.

Dengan itu, tegasnya beliau menafikan apa yang difitnah oleh akhbar-akhbar tempatan semalam. – HARAKAHDAILY 3/7/2022