Muhyiddin bangkit isu TPM ketika jumpa PM

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

TANAH MERAH:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob membincang beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Katanya selain itu pertemuan tersebut mempertimbangkan apa yang terkandung dalam perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri.

“Beberapa hari lalu sata berjumpa dengan Perdana Menteri dan melalui pertemuan itu saya juga mencadangkan beberapa perkara penting termasuk mengenai pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

“Kita tidak minta lebih daripada itu tetapi hanya soal pelantikan menteri, timbalan perdana menteri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan-badan berkanun dan peruntukan kerajaan.

- Advertisement -

“Perkara yang tersenrai itu saya dah maklumkan kepada PM, saya minta seberapa segera untuk buat keputusan yang saya harapkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Zuraida Kamaruddin.

Ketika ditanya mengenai agihan kerusi, beliau yang juga presiden Bersatu berkata, perkara itu masih belum diputuskan walaupun struktur PN di Kelantan telah lengkap.

“Setakat ini sokongan daripada ahli termasuk rakyat terhadap PN amat memberangsangkan selain kita juga telah mewujudkan jawatankuasa PN di peringkat negeri yang diputuskan oleh pimpinan pusat.

“Kelantan sebuah negeri yang sejak dahulu lagi di bawah pimpinan PAS, jadi saya yakin, dengan kerjasama ini termasuk Bersatu masa depan Kelantan akan lebih cerah,” katanya.

Selain itu beliau turut mengulas mengenai segi logo katanya, semua bersetuju menggunakan logo PN. – HARAKAHDAILY 2/7/2022

- Advertisement -