Ikuti penjelasan pimpinan elak keliru sesuatu isu

- Advertisement -

NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

PADANG BESAR: 
Ahli PAS sewajarnya mendapat penjelasan secara langsung daripada pimpinan berhubung sesuatu isu semasa yang berlaku.

Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar Muhammad Azmir Azizan berkata, senario politik yang sering berubah-ubah kadangkala mencetus kekeliruan, bukan sahaja dalam kalangan ahli bahkan juga pemimpin.

- Advertisement -

“Sudah tiba masanya PAS memperbanyak siri penerangan kepada ahli bagi memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat yang tepat di samping mengelakkan berlakunya salah faham terhadap sesuatu isu,” katanya pada program Bicara Pimpinan di Kompleks PAS Padang Besar (KOMTAR) di sini malam tadi.

Menurutnya program seumpama itu menjadi pentas terbaik kepada ahli PAS untuk mendapat maklumat berhubung isu terkini tanah air.

Selain itu ia menjadi medan untuk ahli bertanyakan soalan secara langsung serta menyatakan sekiranya ada ketidakpuasan hati mereka.

Pada program tersebut ahli PAS berpeluang mendengar penjelasan isu semasa daripada Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli. – HARAKAHDAILY 2/7/2022

- Advertisement -