Protokol adalah sunnah memelihara izzah, memuliakan orang

- Advertisement -

BUKAN semua protokol kita patut ikut. Tapi sebolehnya ikut protokol selagi tak melanggar syarak.

Protokol memiliki tujuan kehormatan. Bagi menjaga kehormatan kita, dan memberi penghormatan pada orang. Protokol adalah sunnah memelihara izzah dan memuliakan orang.

Islam kaya dengan protokol. Tutup kepala masuk tandas, makan tangan kanan, beri salam, hormat orang tua, muliakan ulamak dan sebagainya.

Kalau dulu, Islamis sering bergelut antara nak ikut protokol atau nak jaga syarak. Kalau ikut protokol, terpaksa langgar syarak seperti makan tangan kiri, tak tutup aurat, rafak sembah pada manusia dan sebagainya.

Hari ini semakin ramai dah faham clash protokol warisan jahiliah atau penjajah dengan Islam. Malaysia banyak dah adapt protokol supaya ikut syarak. Islamisasi berlaku dengan baik. Alhamdulillah. 

Tapi timbul pula penyakit baru. Terlajak bypass protokol. Ada orang ingat selagi benda itu tak diharamkan syarak, semua boleh.

“Makan tangan kiri tak haram. Pakai je lah tangan kiri.”

“Pakai baju kelawar tak salah asal tutup aurat. Pakai je lah.”

“Buka majlis baca fatihah bukan sunnah. Buat apa nak baca.”

Hilang habis roh penghormatan dalam diri orang Islam. Dijangkiti Liberalisme dan Anarkisme, habis semua sistem nak dibakul sampahkan.

Sampaikan Islamis pun hadap masalah sama. Bila diwajibkan pakai jubah bagi Muslimah, dipersoal pula apa dosa pakai baju kurung? Bila ditetapkan majlis ini kena buka dengan alunan wahyu, terus dibidaahkan. Bila ditetapkan susunan kedudukan dalam majlis, dipertikai kenapa ada double standard?

Barah yang perlu dirawat. Bukan tak boleh buat semua itu. Tapi bila kita dalam majlis orang, atau bekerja dengan orang, kenalah ikut etika yang ditetapkan. Hormat tuan rumah.

Respect bro. Etiquette is ethics. Melainkan kau ada maslahah lebih besar daripada menjaga kehormatan. 

Tapi yang ramainya, sebab ego, malas dan ikut nafsu saja.

Kalau kau di luar urusan rasmi, lantak kaulah nak buat apa pun. Berkain pelekat pergi mamak ke, selipar Jepun pergi airport ke, cekor batu member ke, kaki atas meja ke. Ikut suka kau. 

Your life, your choice

Salam 1 Zulhijjah

ALANG IBN SHUKRIMUN
1 Zulhijjah 1443
1 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 1/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -