Pemantauan harga barang dilakukan berterusan

- Advertisement -

BERBANDING pasar raya, rungutan mengenai penjualan ayam melebihi harga siling lazimnya dikaitkan dengan ayam segar yang dijual di pasar basah atau pasar pagi. 

Justeru, saya mengambil keputusan untuk bukan sekadar meninjau operasi di pasar raya, sebaliknya turun melihat sendiri keadaan di Pasar Seksyen 6 Shah Alam.

Margin jualan di peringkat peruncit mencukupi, bekalan terjamin. Demikian yang disuarakan rata-rata peniaga, hasil keputusan kerajaan untuk meneruskan peruntukan subsidi berjumlah RM369.5 juta demi menetapkan harga siling jualan ayam pada paras RM9.40 sekilogram.

Susulan intervensi kerajaan, orang ramai yang saya temui pagi tadi menzahirkan nafas lega apabila peniaga akur dengan penetapan harga siling ayam, selain tiada lagi caj sampingan perkhidmatan tertentu seperti sebelum ini. 

Kunjungan ke pasar raya Checkers di Shah Alam pula menyaksikan bekalan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram yang berharga RM2.50 adalah terjamin dan dihadkan kepada hanya 3 paket seorang.

Diharap keadaan ‘menang-menang’ antara peniaga dan pengguna ketika ini akan terus berkekalan, demi manfaat semua pihak. 

KPDNHEP akan menjalankan penguatkuasaan, dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain seperti PDRM dan ATM, bagi membendung sebarang elemen ketirisan. 

DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – HARAKAHDAILY 1/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -