3.6 peratus KDNK T’ganu: Pertumbuhan lepasi unjuran awal

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, usaha memulihkan ekonomi Negeri Terengganu pasca pandemik COVID-19 menunjukkan kesan positif seperti yang diharapkan apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi paras nasional. 

Pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus berbanding -5.7 peratus pada tahun 2020 juga telah melebihi unjuran yang diletakkan iaitu sekitar 2.0 hingga 2.2 peratus. Sesungguhnya pencapaian ini adalah hasil daripada pelbagai usaha melibatkan banyak pihak yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu. 

Selain itu, Negeri Terengganu juga berjaya merekodkan pencapaian yang baik bagi beberapa indikator dalam lima bidang tumpuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu bidang kemajuan masyarakat, kemakmuran, keamanan, kerjasama dan penjagaan bumi.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri amat menyedari dan memahami beban yang ditanggung oleh rakyat ketika ini akibat kenaikan harga barangan. Isu ini akan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dan sedang menanganinya bersama dengan Kerajaan Persekutuan. 

Saya menyeru kepada semua untuk kita terus bersama-sama bersatu hati dalam usaha pemulihan ekonomi ini dan memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian yang lebih baik.

Akhirnya, mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam meningkatkan prestasi ekonomi Negeri Terengganu. Kita mengharapkan momentum peningkatan ini akan berterusan pada tahun 2022 dan tahun-tahun seterusnya.

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

DATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
1 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 1/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -