Filem Mat Kilau bangkit semangat jati diri Islam

Oleh SENATOR DATUK IDRIS AHMAD

FILEM Mat Kilau menjadi fenomena hari ini. Lebih RM20 juta dalam tempoh seminggu.

Saya mengundang pasukan Studio Kembara, penerbit Mat Kilau ke pejabat saya. Filem Mat Kilau adalah hasil kerja dan usaha gigih mereka bersama.

Bangga dan kagum dengan sambutan filem Mat Kilau. Saya merasakan filem Mat Kilau ini boleh menjadi contoh dalam industri.

Ia juga menjadi amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi dan seluruh yang terlibat. 

Advertisement

Filem Mat Kilau telah membangkit semangat jatidiri Islam. Disajikan unsur-unsur nasihat, ikatan ukhuwah yang kuat, semuanya terangkum di dalam cerita ini. Ia membawa mesej dakwah kepada masyarakat.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali, Pengarah Urusan Studio Kembara dan seluruh teman-teman selaku penerbit filem Mat Kilau.

Tahniah juga buat Saudara Syamsul Yusof selaku pengarah, seluruh barisan pelakon dan warga produksi filem Mat Kilau.

Saya juga ingin memaklumkan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023. JAKIM telah diberikan amanah untuk menjadi sekretariat Anugerah ini.

Anugerah yang akan mengiktiraf karya-karya kreatif berunsurkan Islam.

Teruskan berkarya. Saya sentiasa doakan perjuangan kalian semua. Siiru ‘ala barakatillah. – HARAKAHDAILY 30/6/2022