Permohonan suaka di EU meningkat tahun lalu

Penduduk Ukraine melintasi sempadan ke Poland untuk mencari perlindungan sementara
- Advertisement -

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menerima 648,000 permohonan pada tahun lalu untuk mendapat perlindungan antarabangsa, satu pertiga lebih banyak berbanding tahun 2020.

Agensi Suaka Kesatuan Eropah (EUAA), berkata rakyat Syria dan Afghanistan merupakan kumpulan utama pemohon suaka.

- Advertisement -

Blok itu juga menerima kira-kira 3.4 juta permohonan perlindungan sementara daripada mereka yang melarikan diri dari konflik di Ukraine.

EUAA berkata, secara keseluruhan kira-kira 6 juta orang lari daripada pencerobohan Rusia ke negara EU, namun ramai yang telah kembali.

Permohonan oleh rakyat Syria dan Afghanistan, masing-masing seramai 117,000 dan 102,000, diikuti oleh warga Iraq, Pakistan, Turki dan Bangladesh, kata agensi itu dalam satu laporan. Destinasi utama pemohon suaka ialah Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Separuh daripada pemohon berumur antara 18 dan 34 tahun, manakala kira-kira 70 peratus adalah lelaki. Hampir tiga daripada 10 permohonan adalah kanak-kanak bawah umur dan empat peratus daripada semua permohonan adalah kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani sesiapa.

EU memberikan kira-kira 185,000 orang suaka atau perlindungan lain dengan Eritrea memperoleh kadar tertinggi, iaitu 81 peratus dan Georgia paling rendah, hanya 3 peratus.

EUAA berkata, hampir 770,000 keputusan masih belum selesai. – REUTERS

- Advertisement -