Pembunuh Naira Ashraf dijatuhi hukuman mati

Naira Ashraf (foto kiri) dibunuh dengan kejam di hadapan pintu masuk Universiti Mansouri, Mesir (foto kanan) pada pagi 20 Jun, 2022. (FOTO Celebrities Buzz)
- Advertisement -

KAHERAH MESIR: Mahkamah Mesir pada Selasa (28 Jun) menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki yang membunuh pelajar Universiti Mansoura, Naira Ashraf dalam kejadian yang telah menggemparkan dunia Arab itu.

Mohamed Adel, 21, pelajar tahun tiga jurusan seni universiti yang sama menikam badan dan mengkelar leher Ashraf pada pagi Isnin (20 Jun) lalu di depan pintu masuk kampus berkenaan di hadapan orang ramai yang berada di situ.

- Advertisement -

Ashraf, 21, yang merupakan pelajar tahun tiga jurusan sastera universiti berkenaan sebelum ini menjadi mangsa buli siber Mohamed Adel yang mengendapnya melalui Facebooknya, dan klimaksnya adalah pemuda itu membuat tindakan membunuh Nayera selepas lamarannya  untuk mengahwini Ashraf ditolak gadis malang itu.

Keluarga Ashraf menyambut baik keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Jenayah Mansoura, menurut laman web separuh rasmi, Cairo 24.

Seorang hakim berkata bahawa Mohamed Adel, pembunuh yang disabitkan kesalahan telah dijatuhkan hukuman mati dan kes itu kini dirujuk kepada Mufti Besar, yang ditugaskan mengeluarkan fatwa agama bagi meluluskan hukuman mati bagi pembunuh itu.

Reaksi sedih ibu kepada Naira Ashraf ketika dia menghadiri sesi perbicaraan pertama perbicaraan terhadap tertuduh, Mohamed Adel di Mahkamah Jenayah Mansoura, Mesir pada 26 Jun 2022. (FOTO Getty Images)

Detik kejam Mohamed Adel membunuh Ashraf dirakam kamera litar tertutup dengan menikam rakan sekelasnya itu sehingga mati dengan sebilah pisau, dan mengelar lehernya di luar kampus berkenaan yang terletak di barat laut ibu kota Mesir, Kaherah.

Adel mengaku melakukan pembunuhan itu kepada pihak berkuasa dan berkata punca jenayahnya ialah Ashraf telah berulang kali menolak cadangan perkahwinannya.

Ketua pendakwa raya merujuk Adel ke mahkamah jenayah Mansoura pada Ahad (19 Jun),  beberapa hari selepas dia ditangkap oleh orang ramai di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk disoal siasat.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Mufti dua hari selepas perbicaraan bermula dalam apa yang disifatkan oleh media sebagai ‘perbicaraan terpantas dalam sejarah Mesir’. – Agensi

- Advertisement -