Nilai hartanah sekitar Stadium Bukit Merbau naik mendadak

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

PASIR PUTEH:
Penduduk yang tinggal berhampiran projek pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau bertuah apabila nilai tanah di kawasan terbabit naik mendadak.

Sebelum ini nilai hartanah di tepi di lokasi terbabit RM40,000 hingga RM100,000 seekar, namun sekarang meningkat kepada RM140,000 hingga RM150,000 satu ekar.

Penghulu Mukim Bukit Merbau Nik Zakbar Nik Muhammad, 53 berkata, harga tanah naik mendadak sehingga penduduk di kawasan terbabit ternanti-nanti kalau ada projek lain dirancang kerajaan di lokasi berkenaan.

Advertisement

Katanya, hartanah di sekitar Bukit Merbau meningkat secara mendadak setelah kerajaan mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).

“Ada penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah sudah berubah gaya hidup, ada antara mereka tidak lagi keluar menoreh getah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kerajaan negeri mengumumkan projek pembinaan Stadium Bukit Merbau Dun Selising Pasir Puteh pada 2013 bagi menyediakan prasarana sukan yang lebih lengkap.

Nik Zakbar juga berkata, kebanyakan penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah sudah menerima pampasan masing-masing.

Menurutnya beliau turut pampasan sebanyak RM500,000 setelah tanah miliknya seluas dua ekar terlibat dengan pengambilan tanah. – HARAKAHDAILY 29/6/2022

Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak.