Filem Mat Kilau: Bangkitkan semangat jiwa bangsa

TAHNIAH Syamsul Yusof. Walaupun saya belum tengok filem Mat Kilau, tapi berjaya bangkitkan semangat Melayu dalam jiwa bangsa. Tanjak pun laku keras sekarang.

Apa yang lebih mengujakan, semangat yang dibina dipandu dengan suntikan Islamik. Dari quote-quote yang saya sempat tengok, banyak nasihat-nasihat kembali pada agama terselit. Di situlah sebenarnya faktor kekuatan orang Melayu, malah semua bangsa sekalipun.

Saya gembira orang sibuk cari tanjak. Saya ambil kesempatan ni nak kongsi sikit. Pakaian kepala orang Melayu bukan sekadar tanjak. Semua tutup kepala kita panggil Destar.

Destar warisan kita ada tengkolok, getam, semutar dan sebagainya. Berbeza mengikut tempat dan profesion.

Tutup kepala yang saya pakai ni dinamakan semutar. Dia macam serban. Tapi pakai kain lepas yang panjang. Semutar banyak dipakai di Pantai Timur. Setakat saya baca, Mat Kilau juga pakai semutar. Wallahu’alam.

Gaya yang saya pakai ni saya belajar dari guru di Selatan Thai. Tak tahu nama apa. Tapi ia pakaian pahlawan juga. Semutar ni boleh buat senjata.

Selatan Thai pun alam Melayu juga ya. Jangan lupa sejarah kita. Patani, Yala, Narathiwat itu semua tanah air kita sampai Segenting Kera.

Dia orang frontliner hadap Siam. Dia orang juga kaya dengan warisan Ilmu Islam.

Sebab itu semutar yang saya pakai ni unik. Ada elemen Islamik menyerupai imamah (serban) dan menutup kepala. Ambil sunnah. Juga elemen jihad; boleh buat senjata. Selain itu, ada juga elemen ilmu. Pakaian ulamak Nusantara.

Saya juga suka pakai gaya Kesom Sejambak dan Pemunggah Garam. Bergantung pada situasi. Ia gaya nelayan dan kelasi Terengganu dan sekitar Pantai Timur.

Itulah ilmu yang saya dapat sikit-sikit. Moga-moga bermanfaat untuk semua. Doakan saya juga ya. Esok seorang anak Melayu bakal berjuang mempertahankan Melayu di UKM.

ALANG IBN SHUKRIMUN
28 Zulqaedah 1443 | 28 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 28/6/2022

Advertisement