Cuaca panas terik tetap tersenyum, kuat bekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesyukuran sepanjang hari berada di Kuala Gula, Perak, semalam.

Katanya, cuaca panas terik tetapi warga Malaysian Meteorological Department, Perak tetap tersenyum mesra dan kuat bekerja.

“Awal pagi kami bersuai kenal sambil menjamah makanan,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, semalam.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau terbuka menerima apa sahaja soalan daripada mereka.

Katanya, ada yang bertanya pasal memancing, pasukan bola dan makanan kegemaran beliau.

“Bagi saya, ini masa terbaik untuk kita saling faham memahami dalam satu pasukan. Kerja berat tidak mengapa asalkan kita gembira bekerja,” katanya lagi.

Kemudian, ujar beliau beliau melihat tapak projek Stesen Meteorologi Radar (SMR), Kuala Gula.

Tambahnya, projek itu merupakan salah satu daripada Projek Peningkatan Kecekapan Sistem Rangkaian Radar Cuaca.

Beliau berkata, projek pembinaan insfrastruktur bangunan di SMR Kuala Gula terdiri daripada sebuah menara radar, sebuah pejabat dan dua unit kuarters dan dijangka siap pada suku ketiga 2022.

Tambahnya, pemasangan sistem radar cuaca di SMR Kuala Gula pula akan dilaksanakan bermula November hingga Disember 2022.

“Insya-Allah, jika tiada aral SMR Kuala Gula dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi untuk mencerap cuaca di kawasan 300 km radius dari radar pada penghujung Disember 2022.

“Tahniah dan terima kasih MET Malaysia!” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/6/2022

- Advertisement -